Kuala Lumpur: "Saya dan isteri hidup bahagia dengan dua anak kami, tak ada isu dengan sesiapa tapi kenapa nak petik nama saya?

"Saya tak kacau pun dia, malah kami pun tak pernah berjumpa." demikian reaksi usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed, 34, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman yang kecewa dan berang dengan tindakan usahawan Datuk Seri Vida 'memetik' namanya menerusi satu hantaran dimuat naik di Threads hari ini.

Menerusi hantaran itu, Vida atau dikenali DSV memuat naik: 'Doa nak lelaki macam Syed Saddiq sekali dapat Prince Syed...lucu sekali'.

Mengulas lanjut, Prince Syed berkata, dia tidak sedar mengenai hantaran itu hinggalah dimaklumkan isteri, Fatin Syazwani, 28, dan beberapa individu terdekat.