KUALA LUMPUR – Berlapang dada apabila namanya tidak tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), aktor Zul Ariffin lebih hairan selepas Jun Lojong tercicir daripada sebarang pencalonan edisi kali ini.
Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 39, bagaimanapun menyifatkan pencalonan dan kemenangan anugerah sebagai bonus dalam kerjaya seorang pelakon, bukannya matlamat utama yang perlu dikejar mana-mana pelakon.
“Luar bidang kuasa saya. Bukan saya seorang sahaja (tak tercalon). Sabri Yunus pun tiada. We got Jun Lojong untuk filem Polong. Pun tidak dicalonkan.









