Jakarta: Seorang lelaki tergamak membunuh ibu kandungnya yang berusia 77 tahun menggunakan tukul selepas berang dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh di Desa Wanasaraya, Wilayah Kuningan, Indonesia, lapor Detik Jabar.

Ketua Polis Kuningan, Superintenden Kanan Polis Bellen Anggara Pratama berkata, kejadian berlaku pada 8 Ogos lalu kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan ketika suspek berusia 38 tahun berkunjung ke rumah ibu bapanya.

Katanya, suspek yang juga anak kelima dalam keluarga itu sudah berkahwin dan menetap di Brebes.

Menurutnya, suspek naik berang apabila dikejutkan ibunya, Rusti, untuk menunaikan solat Subuh sebelum memukul kepala mangsa menggunakan tukul dan membuang mayatnya ke dalam perigi di sebelah rumah mereka.