Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek memahami keresahan ibu bapa yang terpaksa menunggu keputusan pengoperasian sekolah setiap hari sepanjang negara berdepan situasi jerebu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perlu mematuhi garis panduan ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bahawa pengurusan jerebu hendaklah berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).
Fadhlina menerusi hantaran Facebooknya hari ini berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan penyelarasan tatacara pengoperasian sekolah berpandukan PTJK.
"Langkah ini bertujuan memastikan keputusan dibuat secara lebih tersusun berdasarkan penilaian keadaan semasa, termasuk bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).








