mohdsyazwan@hmetro.com.my

Bandung: Video barisan pemain Harimau Malaya meraikan jaringan keenam Bergson Da Silva ketika menewaskan Singapura 6-0 tular di media sosial, namun rakaman kegembiraan itu kini mengundang rasa sebak selepas impian skuad negara untuk ke final Piala ASEAN FIFA 2026 tidak kesampaian.

Dalam video berkenaan, pemain Malaysia dilihat berlari mendapatkan Bergson sebaik penyerang itu meledak jaringan terakhir, dengan wajah ceria dan penuh kepuasan selepas mereka memberikan segala-galanya untuk memburu sebanyak mungkin gol.

Sambutan itu menggambarkan betapa besarnya keinginan pemain untuk membawa Malaysia ke pentas final, lebih lagi mereka sedar jumlah jaringan menjadi begitu penting dalam menentukan kedudukan kumpulan.