BANDUNG: Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk menamatkan kempen Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 apabila mendahului Singapura 2-0 pada separuh masa pertama aksi terakhir di Stadium Si Jalak Harupat, di sini sebentar tadi.

Anak buah Tan Cheng Hoe bermula cukup agresif apabila memperoleh sepakan penalti seawal minit ketiga selepas Fergus Tierney dijatuhkan Ryhan Stewart dalam kawasan penalti.

Pengadil dari Korea Selatan, Kim Jing Hyeok kemudian membuat semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum mengesahkan sepakan penalti untuk Malaysia, yang disempurnakan Bergson da Silva bagi meletakkan Harimau Malaya di depan 1-0.

Namun, kelebihan itu hampir lebur apabila Singapura segera meningkatkan tekanan dan mencipta peluang terbaik pada minit ke-14 menerusi Song Ui-yong.