BANDUNG: Kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura di Stadium Si Jalak Harupat malam ini masih belum cukup untuk membawa Malaysia ke final Piala Asean Fifa 2026 selepas terlepas tiket ke pentas akhir berdasarkan jumlah jaringan.
Harimau Malaya menamatkan saingan Divisyen 1 Kumpulan A dengan tujuh mata, sama seperti Indonesia, selain kedua-dua pasukan turut mencatat perbezaan jaringan +9.
Bagaimanapun, Indonesia muncul juara kumpulan selepas memiliki kelebihan jumlah jaringan dengan 11 gol berbanding sembilan yang dijaringkan Malaysia.






