KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai masa tambahan dalam aksi Indonesia menentang Bangladesh terus menjadi perhatian pemain Harimau Malaya selepas dua gol pada penghujung perlawanan membantu Garuda menewaskan lawan 9-2 sekali gus menyingkirkan Malaysia daripada saingan ke final Piala ASEAN FIFA 2026, semalam.
Penyerang naturalisasi negara, Bergson Da Silva, antara yang menyuarakan persoalan itu menerusi ruangan komen Instagram selepas Indonesia diberikan tambahan masa yang dilaporkan berubah daripada dua kepada tujuh minit sebelum dua gol berjaya dijaringkan pada penghujung aksi.
"Ini mengarut, sepanjang kejohanan memang memihak kepada mereka (Indonesia). Mereka bermain ketiga-tiga perlawanan di Jakarta pada waktu malam, sedangkan pasukan lain bermain di Bandung dan pada sebelah petang, dengan perlawanan setiap dua hari.






