​KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima beberapa aset baharu yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), biarpun Belanjawan 2027 memberi penekanan khusus terhadap penyelenggaraan aset sedia ada.

​ Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan perolehan aset-aset baharu kini di peringkat akhir penilaian dan penyediaan spesifikasi sebelum ia dimuktamadkan.

​"Aset ini telah diluluskan di bawah RP1, namun pembeliannya perlu melepasi pelbagai fasa teknikal seperti penetapan spesifikasi dan penilaian terperinci.

​ "Pengumuman rasmi mengenai senarai aset baharu yang dibeli akan dibuat sebaik sahaja seluruh proses perolehan selesai," katanya.