PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara hari ini.

Pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan Majlis Santapan Beradat Sempena Hari ATM Ke-93. – UTUSAN