nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan atas jasa mereka menjaganya dan suami, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum pemergiannya, Isnin lalu.
Berkongsi kisah itu, ketua jururawat dalam pasukan perubatan yang menjaga pasangan berkenaan, K Divya Barathy, 30, berkata, ucapan itu disampaikan Allahyarham sehari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
"Sehari sebelum pemergiannya, Tun Hasmah ada menyampaikan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau pergi. Beliau juga berterima kasih kerana kami menjaganya dan suami. Saya menjawab, 'Janganlah cakap begitu Tun'.
"Saya tidak menyangka bahawa keesokan paginya, beliau akan pergi. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang dalam ingatan saya sehingga kini. Kehilangan ini sangat berat untuk saya terima," katanya.






