KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Kmy Kmo mendedahkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menyampaikan doa agar bapanya yang kini diuji masalah kesihatan, kuat berdepan ujian.

Berkomunikasi menerusi pesanan WhatsApp, Kmy Kmo atau nama penuhnya Lukmanul Hakim berkata penyanyi itu turut berpesan agar dia memperbanyakkan zikir agar diberi ketenangan dalam menghadapi dugaan.

“Terima kasih juga kakakku, Siti Nurhaliza yang menghantar pesanan suara, mendoakan abah untuk abah terus kuat dan teruskan berzikir.

“Walaupun abah sudah dua hari intubasi, bernafas bergantung pada mesin, abah tetap nampak kuat semangat,” katanya.