Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan pengebumian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September lalu.

Dr Mahathir dalam kenyataannya hari ini memaklumkan beliau amat terharu dengan doa orang ramai terhadap arwah isterinya.

"Bagi pihak ahli keluarga, saya ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Hasmah tempoh hari.

"Saya amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isteri saya, Hasmah sehingga sekarang sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja," katanya.