KOTA KINABALU: Mahkamah menetapkan perbicaraan terhadap seorang lelaki yang didakwa membunuh wanita yang mayatnya ditemukan dikerat di Sepanggar, dekat sini Februari lalu selama 17 hari bermula 14 Disember depan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menetapkan perbicaraan terhadap tertuduh, Piluta Samad, 72, berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini.

Pihak pendakwaan dijangka memanggil 35 saksi sepanjang perbicaraan berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan 16 November bagi pengurusan kes praperbicaraan dan mengarahkan supaya pernyataan saksi diserahkan selewat-lewatnya pada 30 November.