Kuala Lumpur: Jumlah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, meningkat kepada 26, berbanding 24 sebelum ini, setakat 2 petang tadi.
Peningkatan itu berlaku di Perak iaitu Pegoh dan Tasek Ipoh yang masing-masing mencatatkan bacaan IPU daripada 99 kepada 107, dan 98 kepada 106, sekali gus memasuki kategori tidak sihat.
Pada masa sama, data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan Johan Setia di Selangor, kekal mencatatkan IPU tertinggi negara iaitu 172.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan turut menunjukkan penurunan bacaan, termasuk Kluang yang menurun kepada 117 berbanding 146 sebelum ini.









