KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan elektronik, My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam kenyataan hari ini berkata individu terbabit ialah 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga pegawai bank.

Beliau berkata, siasatan dimulakan susulan satu laporan polis pada 7 Oktober, berkaitan transaksi kewangan hasil kerajaan membabitkan kedua-dua syarikat di bawah Kumpulan MyEG tersebut.

Pada 13 Oktober lalu, Rusdi dilaporkan berkata polis merakam keterangan enam saksi, manakala pelbagai dokumen berkaitan sedang diteliti bagi membantu siasatan.