Pengarah JSJK Bukit Aman, Rusdi Isa, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rusdi Isa berkata seramai 15 individu dirakam keterangan dalam siasatan berhubung dakwaan kegagalan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta.
Katanya, individu terbabit terdiri daripada 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga pegawai bank, lapor Bernama.
Beliau berkata siasatan dimulakan susulan satu laporan polis pada 7 Okt, berkaitan transaksi kewangan hasil kerajaan melibatkan kedua-dua syarikat di bawah Kumpulan MyEG tersebut.
Rusdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.







