Laluan feri Kudat-Pulau Banggi merupakan pengangkutan utama penduduk setempat untuk aktiviti ekonomi, sosial, perkhidmatan asas serta bekalan harian. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengusulkan cadangan subsidi diesel bagi perkhidmatan feri Kudat-Pulau Banggi kepada Kementerian Kewangan (MoF).

Menteri, Armizan Mohd Ali, berkata langkah itu dibuat berikutan pengurangan kekerapan perjalanan oleh dua syarikat pengendali feri berikutan peningkatan kos operasi dan bahan api.

Katanya, laluan feri berkenaan merupakan pengangkutan utama penduduk setempat untuk aktiviti ekonomi, sosial, perkhidmatan asas serta bekalan harian, bukannya tertumpu kepada aktiviti pelancongan.