JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) menggesa pihak berkuasa menyiasat kemungkinan kebakaran hutan dan tanah dilakukan secara sengaja selepas mengenal pasti 44 kawasan hutan dan ladang yang terjejas di Sumatera Selatan menerusi pemetaan yang disemak dengan data agensi pengurusan tanah.
Ketua BNPB, Kristomei Sianturi berkata, kawasan terbakar itu merangkumi ladang kelapa sawit, hutan tanaman industri, unit pengurusan hutan dan kawasan hutan yang dilindungi.
Kebanyakan titik panas dikesan berhampiran sempadan kawasan yang mempunyai permit penukaran guna tanah, sekali gus menimbulkan kemungkinan pembukaan atau peluasan kawasan secara sengaja.
Beliau menggesa pihak penguat kuasa menyiasat pihak yang bertanggungjawab, termasuk individu dan syarikat, sambil menegaskan hukuman berat penting bagi mencegah kejadian berulang serta memastikan usaha memadamkan kebakaran tidak sia-sia.








