PETALING JAYA: Pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu oleh Kerajaan Norway antara penyumbang kelewatan penyerahan Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (LUNAS) menjelaskan satu daripada perkembangan utama yang mempengaruhi garis masa penyerahan LCS1 adalah pembatalan lesen itu awal tahun ini.
Katanya, keputusan itu mengakibatkan LUNAS tidak lagi dibenarkan di bawah peraturan kawalan eksport antarabangsa termasuk Peraturan Perdagangan Senjata Antarabangsa (ITAR) untuk menyerahkan kapal dengan sistem pelancar peluru berpandu dari Norway yang telah dipasang.
“Bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan kawal selia ini, sistem pelancar tersebut mesti dikeluarkan dan dikembalikan ke Norway kerana rantaian jagaan yang diwajibka









