Persoalan utama dalam menilai Belanjawan 2027 ialah sejauh mana dasar ekonomi negara benar-benar meningkatkan kemampuan rakyat menjalani kehidupan yang bermaruah. Ukuran kejayaan sesebuah belanjawan tidak boleh terbatas pada kadar pertumbuhan KDNK, jumlah peruntukan kerajaan, peningkatan hasil negara atau angka bantuan yang diumumkan. Ukuran yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat ialah berapa banyak pendapatan yang masih tinggal selepas semua keperluan asas keluarga dipenuhi.

Rakyat bekerja setiap hari untuk mencari nafkah, tetapi semakin ramai berhadapan dengan persoalan yang meresahkan: mengapa pendapatan yang diperoleh masih terasa tidak mencukupi? Gaji masuk setiap bulan, namun sebahagian besarnya segera digunakan untuk membayar sewa atau pinjaman rumah, ansuran kenderaan, makanan, bil utiliti, pengangkutan, pendidikan anak-