ODENSE: Juara badminton Olimpik, An Se Young mencipta sejarah apabila muncul pemain perseorangan wanita paling banyak meraih gelaran antarabangsa selepas menjuarai Terbuka Denmark, semalam.
Kejayaan pemain Korea Selatan itu hadir selepas dia menewaskan wakil Jepun, Akane Yamaguchi 21-23, 21-14, 21-18 pada aksi final di Odense, sekali gus meraih gelaran antarabangsa ke-47 sepanjang kariernya.
Pencapaian itu menyaksikan Se Young mengatasi rekod legenda Indonesia, Susi Susanti yang mengumpul 46 gelaran sebelum bersara pada 1997.
Bagaimanapun, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelaskan jumlah berkenaan tidak mengambil kira gelaran dalam temasya serantau, selain rekod rasmi hanya disimpan sejak 1989.










