KUALA LUMPUR – Seramai enam saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan bernilai RM230.9 juta membabitkan MY EG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad (Kumpulan MYEG).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung transaksi kewangan berkenaan pada 7 Oktober lalu."Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Setakat ini, seramai enam saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Rusdi berkata,beberapa individu lain akan turut dipanggil untuk diambil keterangan."Dokumen-dokumen berkaitan telah diterima dan sedang diteliti, siasatan masih diteruskan," katanya.Rusdi berkata, polis komited memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang."Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.Dalam pada itu, Rusdi mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan."Penyebaran maklumat tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan."Sehubungan itu, orang ramai diseru mendapatkan maklumat hanya melalui saluran rasmi," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan melalui saluran MYEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut hasil JPJ berkuat kuasa 5 Oktober lalu.Anthony Loke dilaporkan berkata keputusan itu dibuat susulan kegagalan syarikat berkenaan memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.MYEG telah dilantik sebagai ejen pemungut JPJ bagi perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Pertukaran Hak Milik Kenderaan Motor, perkhidmatan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan pembayaran saman secara elektronik sejak tahun 2000.
Kes MYEG, Zetrix AI: Polis rakam keterangan enam saksi

Key takeaways
Polis telah ambil keterangan enam saksi dalam siasatan kegagalan memindahkan RM230.9 juta berkaitan MYEG dan Zetrix AI.
- Enam saksi telah diambil keterangan untuk bantu siasatan.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
- Polis akan panggil lebih banyak individu untuk diambil keterangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Kes KP AKPS: Polis rakam keterangan 25 individu - KPN
- Sinar Harian Kes MYEG, Zetrix AI: Polis rakam keterangan enam saksi (this story)
- Free Malaysia Today 6 saksi dirakam keterangan berkait MyEG, Zetrix
- Utusan Malaysia Polis ambil keterangan enam saksi babit siasatan MyEG







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)