KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah berjaga-jaga selepas berlaku demonstrasi besar-besaran di Paris dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di sana untuk mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan membabitkan pemain negara yang akan menyertai Terbuka Perancis 2026 bermula esok.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, pihaknya peka dengan apa yang berlaku di sana dan sebab itu, segala butiran pemain termasuk jurulatih sudah diberikan kepada pihak kedutaan untuk tindakan lanjut jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Kami sudah menulis surat kepada Kedutaan Malaysia di Paris dan memaklumkan nama pemain serta jurulatih yang terbabit dalam kejohanan ini. Kami berharap pihak kedutaan dapat membantu sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," katanya.