KUALA LUMPUR: Seri Pajam Development Sdn Bhd (SPD) dan Hibiscus Petroleum Berhad menjalin kerjasama eksklusif bagi meneroka pembangunan loji janakuasa serta penyelesaian tenaga di Taman Perindustrian SPD Tech Valley, Senawang, Negeri Sembilan.
Kerjasama itu dimeterai menerusi pemeteraian Heads of Agreement (HoA) pada 30 September lalu di ibu pejabat Hibiscus Petroleum di Kuala Lumpur, bagi menilai potensi pembangunan projek tenaga di tanah milik Seri Pajam Development dan syarikat sekutunya di Malaysia.
HoA berkenaan ditandatangani Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum, Datuk Dr Kenneth Gerard Pereira, dan Ketua Pegawai Eksekutif Seri Pajam Development, Ten Wee Seong.
Antara penyelesaian tenaga yang bakal dikaji termasuk penggunaan turbin gas, enjin gas, tenaga solar dan sistem penangkapan karbon.






