KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bakal dihidupkan semula apabila akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), 26 November ini.

Setiausaha Agungnya, Husin Deraman berkata, pada kongres itu sebanyak 15 jawatan eksekutif akan dipertandingkan termasuk satu jawatan Presiden, satu kerusi Timbalan Presiden, tiga jawatan Naib Presiden dan 10 jawatan ahli jawatankuasa (AJK) persatuan.

Katanya, proses pencalonan akan bermula pada 24 Oktober ini dengan tarikh tutup penyerahan borang pencalonan adalah pada 5 November.

"Semua calon yang dikemukakan akan melalui proses saringan termasuk semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keselamatan bagi menentukan kelayakan mereka sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan pada 12 November ini.