KUALA LUMPUR – Peningkatan peruntukan penguatkuasaan menerusi Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan untuk mempergiat pemeriksaan di premis perniagaan runcit bagi membanteras penjualan rokok haram yang masih berleluasa dan mudah didapati.Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook, berkata penambahan sumber kepada agensi penguatkuasaan mampu meningkatkan keberkesanan operasi, khususnya menerusi pemeriksaan berulang dan tindakan tegas terhadap premis yang terlibat dalam kegiatan haram.Beliau berkata Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.1 bilion bagi memperkukuh operasi agensi penguatkuasaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Katanya, peruntukan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) turut meningkat kepada RM490 juta berbanding RM37 juta pada tahun ini."Sepanjang berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan, saya dapat melihat sendiri bahawa keberkesanan operasi bergantung pada sumber yang mencukupi, termasuk pegawai di lapangan, kenderaan, risikan serta keupayaan untuk kembali memeriksa premis yang sama secara berulang kali."Kerajaan wajar diberikan pengiktirafan kerana meletakkan penguatkuasaan sebagai salah satu keutamaan dalam Belanjawan 2027," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut pakar jenayah ekonomi itu, peningkatan peruntukan berkenaan melengkapkan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Oktober supaya operasi bersepadu dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras perniagaan haram yang dikendalikan oleh warga asing.Operasi berkenaan melibatkan kerjasama polis, Kastam, KPDN, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen.Yusoff turut menyambut baik tindakan JKDM mempergiat operasi terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing, selain langkah memperketat kawalan sehingga lesen perniagaan pemilik tempatan boleh dibatalkan sekiranya mereka didapati menyewakan premis kepada warga asing untuk menjalankan kegiatan haram.Beliau berkata tindakan terhadap pemilik premis penting bagi memastikan mereka turut bertanggungjawab sekiranya premis masing-masing digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.Mengulas isu penjualan rokok haram, Yusoff berkata kegiatan itu perlu ditangani dengan lebih tegas kerana produk berkenaan masih mudah diperoleh di kedai runcit di seluruh negara."Rokok haram bukan dijual secara tersembunyi. Ia dijual secara terbuka di kedai runcit dan sering kali oleh pekerja asing."Pembeli juga tahu di mana mereka boleh mendapatkannya. Penguatkuasaan yang lebih tegas di premis ini mampu membawa perubahan yang ketara," katanya.Beliau berkata kajian Illicit Cigarettes Study oleh NielsenIQ pada Mei 2026 mendapati 56.2 peratus daripada rokok yang digunakan di Malaysia merupakan rokok haram.Sementara itu, tinjauan Wawasanex terhadap 603 rakyat Malaysia pada bulan yang sama mendapati 99 peratus responden menyatakan rokok haram mudah atau sangat mudah diperoleh,
Rokok haram: Penguatkuasaan perlu sampai ke kedai runcit

Key points
- KUALA LUMPUR – Peningkatan peruntukan penguatkuasaan menerusi Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan untuk mempergiat pemeriksaan di premis perniagaan runcit bagi membanteras penjualan rokok haram yang masih berleluasa dan mudah didapati.
- Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook, berkata penambahan sumber kepada agensi penguatkuasaan mampu meningkatkan keberkesanan operasi, khususnya menerusi pemeriksaan berulang dan tindakan tegas terhadap premis yang terlibat dalam kegiatan haram.
- Beliau berkata Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.1 bilion bagi memperkukuh operasi agensi penguatkuasaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- Wartawan Sinar Harian
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pertumbuhan ekonomi perlu sampai kepada rakyat – Syahir Sulaiman
- Utusan Malaysia Limpahan ekonomi kukuh perlu sampai kepada rakyat
- Berita Harian Sampai bila ASEAN perlu 'hadap' krisis jerebu?
- Sinar Harian Rokok haram: Penguatkuasaan perlu sampai ke kedai runcit (this story)









