PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan peruntukan Belanjawan 2027 dapat diakses dengan lebih mudah oleh usahawan bumiputera bagi memastikan inisiatif yang diumumkan benar-benar memberi manfaat kepada golongan berkenaan.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Mohd Azamanizam Baharon berkata, kejayaan belanjawan tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah peruntukan yang diumumkan semata-mata, sebaliknya melalui keberkesanan pelaksanaannya.

“Selepas tiga kitaran belanjawan terdahulu, mengapa masih terdapat usahawan Bumiputera yang menghadapi kesukaran mendapatkan akses kepada pembiayaan, peluang kontrak dan pelbagai kemudahan yang diwujudkan khusus untuk memperkasakan ekonomi mereka,”