Kuala Lumpur: Pengasas bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Kewangan dua minggu lalu bagi membincangkan kemungkinan sokongan kerajaan terhadap syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara itu, menurut tiga individu yang mengetahui perkara berkenaan.

Perbincangan itu mencerminkan kebimbangan kerajaan yang semakin meningkat terhadap kedudukan kewangan syarikat penerbangan domestik terbesar negara itu susulan kenaikan mendadak harga bahan api pesawat, kata individu berkenaan.

Dua daripada individu itu berkata, perbincangan tertumpu pada kemungkinan kerajaan menyokong usaha AirAsia mendapatkan dana, dengan syarat syarikat penerbangan itu bersetuju dengan beberapa syarat yang dicadangkan.