SHAH ALAM – Laporan media berasaskan fakta, pendedahan modus operandi sindiket dan penerangan mengenai saluran aduan merupakan antara peranan penting media dalam membantu membanteras penyeludupan migran dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, peranan media itu merupakan sebahagian daripada pendekatan Whole of Nation yang menuntut kerjasama seluruh lapisan masyarakat, bukan hanya bergantung kepada kerajaan dan agensi penguat kuasa.Menurutnya, media bukan sekadar melaporkan kejadian, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai taktik sindiket, risiko penyeludupan migran serta kepentingan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa."Laporan media yang berasaskan fakta, pendedahan modus operandi sindiket dan penerangan mengenai saluran aduan boleh membantu masyarakat memahami ancaman berkenaan, selain menggalakkan mereka menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa."Media bukan sekadar melaporkan kejadian, tetapi turut membantu mendidik masyarakat supaya lebih peka, memahami tanggungjawab masing-masing dan tidak menjadi sebahagian daripada rantaian kegiatan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Zaki berkata, pendekatan Whole of Nation penting kerana kegiatan penyeludupan migran melibatkan rangkaian yang kompleks, termasuk ejen, pengangkutan, lokasi transit dan pihak yang menyediakan tempat perlindungan kepada migran sebelum mereka dibawa ke destinasi ditetapkan.Katanya, pendedahan mengenai taktik sindiket melalui laporan media dapat membantu masyarakat mengenal pasti kegiatan mencurigakan, sekali gus memahami bahawa usaha membanteras jenayah berkenaan memerlukan penglibatan semua pihak.Laporan eksklusif Sinar Harian pada Isnin melaporkan sindiket penyeludupan migran semakin licik mengubah strategi dengan menggunakan laluan transit berlapis, dokumen imigresen palsu serta pengangkutan merentas sempadan bagi mengaburi pihak berkuasa.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menjelaskan bahawa sindiket menggunakan beberapa negara sebagai lokasi transit sebelum migran dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan darat atau perairan.Laporan berkenaan turut mendedahkan penggunaan rumah selamat, pengangkutan dan rangkaian ejen bagi menyembunyikan pergerakan migran daripada dikesan pihak berkuasa.Dalam pada itu, Zaki berkata, masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko seperti pesisir pantai, sempadan negara dan kawasan perumahan bandar juga boleh membantu dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan."Maklumat mengenai pergerakan bot pada waktu malam, penempatan warga asing yang mencurigakan atau kegiatan pengangkutan migran secara berkelompok boleh membantu pihak berkuasa mengenal pasti rangkaian sindiket lebih awal."Rakyat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa, jika terdapat aktiviti mencurigakan, salurkan maklumat melalui saluran rasmi dan jangan mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan keselamatan," katanya.Beliau berkata, pendekatan
Pendedahan media senjata perangi penyeludupan migran - Penganalisis

Key points
- SHAH ALAM – Laporan media berasaskan fakta, pendedahan modus operandi sindiket dan penerangan mengenai saluran aduan merupakan antara peranan penting media dalam membantu membanteras penyeludupan migran dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
- Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, peranan media itu merupakan sebahagian daripada pendekatan Whole of Nation yang menuntut kerjasama seluruh lapisan masyarakat, bukan hanya bergantung kepada kerajaan dan agensi penguat kuasa.
- Menurutnya, media bukan sekadar melaporkan kejadian, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai taktik sindiket, risiko penyeludupan migran serta kepentingan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) J-Kom fokus media sosial 70 peratus, sasar perangi naratif palsu
- Sinar Harian Pendedahan media senjata perangi penyeludupan migran - Penganalisis (this story)








