KUALA LUMPUR - Kerajaan diingatkan supaya tidak membebankan 'angsa emas' negara seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan politik.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, institusi strategik itu perlu diberi ruang menjalankan peranan masing-masing tanpa dipaksa menanggung kos atau melaksanakan keputusan kerajaan yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan mereka."Kita semua tahu kisah angsa yang bertelur emas. Tuannya tidak sabar menunggu sebiji telur sehari, lalu disembelihnya angsa itu untuk mengambil semua emas sekali gus."Akhirnya, tuan juga yang rugi. Itu tidak apa, (tetapi) generasi depan akan menghadapi kesukaran yang lebih dari apa yang berlaku hari ini," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 pada Isnin.Memberi contoh Petronas, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menjelaskan, institusi itu membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM40 bilion pada 2023, RM32 bilion bagi 2024 dan 2025.Malah menurutnya, entiti itu juga akan membayar RM27 bilion dividen bagi tahun 2026 dan RM32 bilion bagi tahun 2027 dengan lima belanjawan berjumlah RM163 bilion.Sedangkan beliau berkata, Petronas memerlukan dana yang besar untuk melabur berbilion ringgit dalam Fasa 2 LNG Canada, Suriname, Turkmenistan dan Pengerang, seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Dalam ucapan sama, Tambun berkata Petronas kini telah memulakan pembangunan 10 ekar pertama bagi menyediakan perumahan mampu milik di atas tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur."Jadi saya keliru (adakah) Petronas sudah tukar 'core business' daripada industri petroleum kepada projek perumahan mampu milik."Tugas kerajaan ialah menjaga angsa itu supaya terus bertelur, bukan menyiksanya," ujarnya.Mengenai TNB, Hamzah mempersoalkan keputusan kerajaan memperluas perlindungan bil elektrik daripada penggunaan 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800kWj sebulan, yang menurutnya menyebabkan syarikat itu menanggung kos RM150 juta."Ini bermakna, diskaun elektrik tersebut sebenarnya dibayar oleh setiap pemegang unit amanah saham dan setiap pencarum KWSP," katanya.
'Jangan sembelih 'angsa emas' demi hasil segera' – Hamzah

Key points
- KUALA LUMPUR - Kerajaan diingatkan supaya tidak membebankan 'angsa emas' negara seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan politik.
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, institusi strategik itu perlu diberi ruang menjalankan peranan masing-masing tanpa dipaksa menanggung kos atau melaksanakan keputusan kerajaan yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan mereka.
- Memberi contoh Petronas, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menjelaskan, institusi itu membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM40 bilion pada 2023, RM32 bilion bagi 2024 dan 2025.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jangan gadai simpanan demi kemewahan sehari – Syed Saddiq
- Free Malaysia Today Jangan sorok kes buli demi jaga prestasi sekolah, kata Anwar
- Berita Harian Perluaskan hasil cukai, jangan naik kadar - Bank Dunia
- Free Malaysia Today Jangan bebankan ‘angsa emas’ negara dengan keputusan politik, kata Hamzah
- Sinar Harian 'Jangan sembelih 'angsa emas' demi hasil segera' – Hamzah (this story)
- Malaysiakini (BM) Jangan sembelih angsa bertelur emas seperti KWAP, Petronas - Hamzah








