Hamzah Zainudin mendakwa kerajaan membuat keputusan politik tetapi membiarkan institusi strategik negara menanggung kesannya. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengingatkan kerajaan tidak membebankan 'angsa emas' negara seperti Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan politik.
Beliau berkata, institusi strategik itu perlu diberi ruang menjalankan peranan masing-masing tanpa dipaksa menanggung kos atau melaksanakan keputusan kerajaan yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan mereka.
Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Hamzah mendakwa kerajaan membuat keputusan politik tetapi membiarkan institusi berkenaan menanggung kesannya.








