Shahrul Shahrizal Che Shaari didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bahru atas pertuduhan mencederakan isteri dan ibu mentua menggunakan pisau di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh 5 Okt lepas. (Gambar Bernama)KOTA BHARU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan mencederakan isteri dan ibu mentua menggunakan pisau, minggu lepas.

Shahrul Shahrizal Che Shaari, 47, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah dan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Zulaiha Mat Zin, 44, dengan menikam menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh kira-kira 8.30 malam pada 5 Okt lepas.