KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam isteri dengan pisau dan mencederakan ibu mentuanya di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh di sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Shahrul Shahrizal Che Saari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah dan Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap isterinya, Zulaiha Mat Zin,44, dengan cara menikam mangsa menggunakan senjata pisau di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh di sini kira-kira pukul 8.30 malam pada 5 Oktober 2026.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A.