Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali berkata kerjasama pilihan raya menuntut kejelasan prinsip, kesepakatan dasar dan kesediaan menghormati perbezaan antara parti.PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali, mengkritik cadangan supaya PAS memberikan satu pertiga kerusi DUN di empat negeri ditadbirnya kepada Umno jika kedua-dua parti serius mahu meneruskan kerjasama dalam pilihan raya akan datang.
Rafique berkata penyatuan ummah bukan sekadar soal siapa dapat kerusi dan berapa banyak kerusi yang diperoleh. Katanya, ia menuntut kejelasan prinsip, kesepakatan dasar dan kesediaan menghormati perbezaan antara parti.
"Kalau benar mahu kerjasama, mengapa formula satu pertiga perlu diumumkan sebelum rundingan dimuktamadkan?" katanya dalam satu hantaran di Facebook.







