KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd memaklumkan telah menyerahkan satu cadangan penyelesaian kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menangani isu tunggakan serahan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan keutamaan segera kumpulan itu adalah untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan serta berusaha memulihkan perkhidmatan yang terjejas dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan.
Pada 2 Oktober lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MYEG sebagai ejen kutipan, akan digantung mulai 12.01 tengah malam pada 5 Oktober 2026.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil digantung kerana gagal memindahkan RM314 juta kutipan hasil kepada kerajaan dari 19 Mei hingga 30 September 2026.






