am@hmetro.com.my
Putrajaya: Tindakan kerajaan terhadap My EG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd, kedua-duanya di bawah kumpulan MYEG tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Loke berkata, sebaliknya ia berdasarkan fakta bahawa syarikat itu mempunyai tunggakan RM314 juta membabitkan obligasi kepada kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan tidak menjadikan kaitan politik sesebuah syarikat sebagai pertimbangan dalam mengambil tindakan, sebaliknya semua pihak dilayan sama rata.
"Satu yang pasti, ia tidak ada kaitan, tidak ada kena-mengena dengan parti sayalah tetapi berkaitan dengan parti mana? Itu bukan pertimbangan saya.






