am@hmetro.com.my
Kuantan: Jabatan Perikanan Pahang memandang serius masalah muara Kuala Cherok Paloh cetek hingga menjejaskan aktiviti nelayan Kampung Tanjung Selangor sejak beberapa tahun lalu.
Pengarahnya, Roslan Abu Hasan berkata, masalah muara cetek bukan sahaja berlaku di Kuala Cherok Paloh, malah turut membabitkan kawasan lain seperti Sungai Balok dan Sungai Kuantan.
Bagaimanapun katanya, masalah itu di luar bidang kuasanya, namun pihaknya bertanggungjawab membela nasib nelayan dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan.
"Jabatan sentiasa berpihak pada nelayan, tindakan yang akan dilakukan selepas ini dengan membawa suara nelayan Kampung Tanjung Selangor kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat untuk dinilai dan diperhalusi bagi tindakan seterusnya.






