asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 20 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat merekodkan IPU tertinggi iaitu 186, diikuti Kluang (169), Larkin (166), Segamat (165), Pasir Gudang (164), Tangkak (163) dan Nilai (160).

Lokasi lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Seremban dengan bacaan 156, Kota Tinggi (155), Pengerang (154), Bandaraya Melaka (153), Putrajaya, Rompin dan Balok Baru Kuantan, masing-masing (152), Cheras (137), Indera Mahkota Kuantan (124), Kemaman (121), Batu Muda, Bukit Rambai serta Paka, masing-masing (103).