KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang pada Isnin. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Batu Pahat dan Larkin, Johor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu masing-masing 159, diikuti Pasir Gudang (157) dan Cheras, Kuala Lumpur (154).Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Nilai, Negeri Sembilan dan Kluang, Johor, masing-masing 152, IPD Serian, Sarawak (150), Putrajaya (147), Johan Setia, Selangor (144), Segamat, Johor (129) dan Bukit Rambai, Melaka (125).Sementara itu, sebanyak 55 kawasan mencatatkan IPU pada tahap sederhana.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - Bernama
11 kawasan catat IPU tidak sihat

Key takeaways
11 areas in Malaysia recorded unhealthy air quality as of 4 pm on Monday, according to the APIMS portal.
- Batu Pahat and Larkin, Johor recorded the highest air pollution index at 159.
- Pasir Gudang, Johor recorded an air pollution index of 157.
- Cheras, Kuala Lumpur recorded an air pollution index of 154.
- Other areas with unhealthy air quality include Nilai, Negeri Sembilan and Kluang, Johor.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat
- Harian Metro Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
- Berita Harian Lapan kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
- Harian Metro Lapan kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
- Sinar Harian 11 kawasan catat IPU tidak sihat (this story)








