Zetrix AI Bhd menanggung tunggakan RM314 juta kepada JPJ merangkumi fi dan saman dikutip, sejak Mei tahun ini.

PETALING JAYA: Zetrix AI Bhd berkata syarikat itu telah mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan bagi melunaskan tunggakan RM314 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Anak syarikat Kumpulan MYEG itu, berkata keutamaan tertinggi kumpulan adalah menyelesaikan obligasi berkenaan dan berusaha memulihkan semula perkhidmatan Zetrix AI yang digantung.

"Kumpulan menyedari tanggungjawabnya kepada pelanggan dan kekal komited untuk memenuhi obligasinya kepada kerajaan," katanya dalam kenyataan.

Awal hari ini, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata tunggakan RM314 juta oleh Zetrix kepada JPJ melibatkan fi dan saman yang dikutipnya, sejak Mei tahun ini.