JAKARTA: Kempen tanpa kalah dan tanpa bolos Malaysia pada Piala ASEAN FIFA 2026 menjadi landasan kukuh buat Harimau Malaya untuk mengharungi cabaran lebih besar selepas ini, kata ketua jurulatih sementara Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe berkata kejayaan skuad negara meledak 10 gol tanpa dibolosi dalam empat perlawanan bukan sahaja mencerminkan kualiti pasukan, malah memperlihatkan kekuatan mental, komitmen serta keserasian yang terbina dalam kalangan pemain.

Pengendali berusia 58 tahun itu berkata barisan pemain mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang kejohanan biarpun terpaksa mengharungi empat perlawanan mencabar dalam tempoh singkat.

"Sudah tentu ini satu pencapaian hebat buat pasukan. Kami menjaringkan 10 gol dan tidak bolos, yang menjadi antara statistik terbaik. Namun, bola sepak bukan semata-mata mengenai statistik. Kami bekerja keras bersama-sama dan mentaliti pemain