Zara Qairina Mahathir meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada awal pagi. (Gambar Facebook)KOTA KINABALU: Ibu kepada Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau bersetuju dengan penjelasan pakar perubatan bahawa kesan lebam pada bahagian belakang tubuh anaknya yang dilihat ketika memandikan jenazah bukan berpunca daripada pukulan, sebaliknya akibat darah beku.

Noraidah Lamat, 46, yang juga saksi ke-82 prosiding inkues itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara berkenaan oleh doktor pada 10 Ogos tahun lepas selepas menyuarakan kebimbangan bahawa lebam tersebut mungkin akibat dipukul dengan objek tumpul.