KOTA KINABALU: Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersetuju dengan penjelasan pakar perubatan di Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa kesan lebam pada bahagian belakang tubuh anaknya yang dilihat ketika memandikan jenazah bukan berpunca daripada pukulan, sebaliknya akibat darah beku.

Noraidah Lamat, 46, yang juga saksi ke-82 prosiding inkues itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara berkenaan oleh doktor pada 10 Ogos tahun lepas selepas menyuarakan kebimbangan bahawa lebam tersebut mungkin akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ketika disoal peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah sama ada kesan lebam itu bukan akibat pukulan tetapi disebabkan darah beku seperti penjelasan doktor, Noraidah menjawab: “Betul tuan.”