KOTA BHARU - Suspek yang disyaki menikam isterinya, seorang jururawat berusia 44 tahun, sebanyak enam kali di Kampung Padang Lepai, Kadok, di sini, pada Isnin lepas memiliki empat rekod jenayah lampau termasuk tiga berkaitan kesalahan narkotik.Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, satu lagi rekod suspek berumur 47 tahun itu ialah berkaitan kesalahan jenayah lain.Beliau berkata, siasatan awal mendapati pertikaian berkaitan perceraian dipercayai menjadi punca suspek bertindak agresif terhadap isterinya."Berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa yang diambil selepas laporan polis dibuat, suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan isterinya untuk memfailkan perceraian"Perkara itu dipercayai menyebabkan suspek bertindak agresif sebelum menikam mangsa berulang kali, termasuk pada bahagian badan dan leher sebanyak enam kali," katanya ketika dihubungi, hari ini.Mohd Yusoff berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Tambahnya, suspek yang menyerah diri kepada polis selepas kejadian, direman selama tujuh hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya. - Bernama
Suspek tikam isteri enam kali ada empat rekod jenayah

Key points
- KOTA BHARU - Suspek yang disyaki menikam isterinya, seorang jururawat berusia 44 tahun, sebanyak enam kali di Kampung Padang Lepai, Kadok, di sini, pada Isnin lepas memiliki empat rekod jenayah lampau termasuk tiga berkaitan kesalahan narkotik.
- Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, satu lagi rekod suspek berumur 47 tahun itu ialah berkaitan kesalahan jenayah lain.
- Beliau berkata, siasatan awal mendapati pertikaian berkaitan perceraian dipercayai menjadi punca suspek bertindak agresif terhadap isterinya.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Jururawat parah dipercayai ditikam suami enam kali
- Utusan Malaysia Penganggur tikam isteri serah diri, direman tujuh hari
- Free Malaysia Today Suami direman selepas tikam isteri 6 kali
- Sinar Harian Suspek tikam isteri enam kali ada empat rekod jenayah (this story)









