PUTRAJAYA - Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah yang memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen pertama tahun depan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kelulusan dasar bagi cadangan itu sudah dipersetujui Jemaah Menteri beberapa bulan lalu, manakala Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan draf rang undang-undang (RUU) berkenaan."Ini akan mengambil sedikit masa untuk dibentangkan ke Parlimen kerana melibatkan banyak pertimbangan teknikal."Kita akan berusaha dalam beberapa bulan ini untuk membawa RUU tersebut ke Parlimen pada tahun depan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar susulan Belanjawan 2027 di sini pada Isnin.Menurutnya, pindaan itu bertujuan menggabungkan elemen pampasan dalam prosiding jenayah supaya mangsa atau waris tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada tindakan sivil yang mengambil masa panjang.Ujarnya, keadaan itu menimbulkan kesukaran kepada sesetengah mangsa yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk memulakan tindakan sivil, selain proses mendapatkan pampasan yang boleh mengambil masa yang lama."Sekarang ini, bagi mangsa kemalangan, jika mereka ingin mendapatkan pampasan daripada pemandu, mereka perlu memfailkan kes sivil."Inilah masalahnya kerana ada mangsa kemalangan yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil tindakan sivil dan mereka mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pampasan," katanya.
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan dijangka dibentang awal tahun depan - Anthony Loke

Key takeaways
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan untuk mewajibkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa.
- Pindaan itu memerlukan pesalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa.
- Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan draf rang undang-undang untuk pindaan tersebut.
- Tujuan pindaan ialah memudahkan mangsa mendapatkan pampasan tanpa perlu tindakan sivil yang memakan masa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pindaan Akta Pengangkutan Jalan dijangka dibentang awal tahun depan - Anthony Loke (this story)








