SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi masalah jerebu di masjid, madrasah dan tadika berasaskan masjid, bagi melindungi jemaah, pelajar serta kakitangan sekiranya keadaan bertambah buruk.

MUIS dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa masjid akan terus dibuka untuk solat berjemaah harian dan solat Jumaat dengan pelaksanaan langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

"Jika Indeks Pencemar Udara (IPU) 24 jam mencecah tahap sangat tidak sihat (201 hingga 300), masjid akan menggantung program dan aktiviti luar yang tidak penting.

"Pengaturan solat juga mungkin disesuaikan mengikut keadaan jerebu semasa, kemudahan dalaman yang tersedia, dan nasihat kesihatan kebangsaan," katanya.