PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Namron, menyifatkan sokongan orang ramai terhadap isterinya yang juga pelakon, June Lojong walaupun tidak tersenarai dalam senarai calon Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 adalah lebih bermakna.
Namron berkata, anugerah bukanlah satu-satunya kayu ukur kejayaan seorang pelakon sebaliknya penghargaan yang diberikan peminat terhadap persembahan lakonan adalah jauh lebih penting.
“Walaupun tidak tercalon di FFM35, dia tetap menang di hati saya. Berdasarkan pengalaman saya, anugerah hanya diraikan sehari dua, selepas itu akan dilupakan. Apa yang lebih penting adalah peluang untuk pamerkan kraf dan ruang untuk berkarya.
“Di media sosial banyak juga yang mempersoalkan kenapa dia tidak dicalonkan. Tragedi Oktober, Daylight Robbery, Pemenang Di Hati Kami dan macam-macam lagi kenyataan yang keluar.








