Busan: Bukan hanya memarahi anak muridnya, seorang guru sekolah rendah turut didakwa menghina kanak-kanak itu berulang kali di hadapan rakan sekelas hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi.
Tindakan melampau guru itu menyebabkan dia dihukum denda sebanyak 5 juta won (kira-kira RM15,271) oleh Mahkamah Agung selepas Hakim Eom Sang-pil menolak rayuan tertuduh.
Guru yang hanya dikenal pasti sebagai A itu didapati melakukan penderaan emosi terhadap murid gred empat yang berusia sembilan tahun dengan mengeluarkan kata-kata menghina ketika sesi persekolahan pada April 2024.
Mahkamah dimaklumkan, A memberitahu murid itu supaya menghadiri kelas matematik selepas sekolah sebelum mempersoalkan kelemahannya dalam pelajaran dan berkata 'kanak-kanak itu membuatkan dia tertekan'.








