PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu di tengah-tengah spekulasi mengenai kemungkinan sokongan kerajaan terhadap syarikat penerbangan tambang murah itu.
Menterinya, Anthony Loke, berkata sebarang perbincangan berhubung perkara berkenaan berkemungkinan membabitkan Kementerian Kewangan.
"Tiada sebarang perjanjian dengan Kementerian Pengangkutan. Kami tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia kebelakangan ini.
"Syarikat penerbangan memang kerap mengadakan perbincangan rutin dengan kerajaan, tetapi dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu, tiada pertemuan bersama AirAsia mahupun sebarang perjanjian dimeterai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.








